Saturday, 21 July 2012
selamat datang
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Selamat datang ke blog Teduhan Kasih. Kenapa saya namakan blog ni sebagai Teduhan Kasih? Sebabnya saya sangat suka dengan tajuk tu. Blog ini sebenarnya untuk sebuah cerita mengenai kahwin paksa. Betul, memang tema ni sangat klise, tapi saya mahu juga menulis sebuah cerita tentang perkahwinan yang dirancang. Walau apapun pandangan pembaca di luar sana, saya tidak peduli. Yang penting saya mahu siapkan cerita ini secepat mungkin. Kepada rakan yang berkunjung ke blog ini, saya tidak kisah mahu tinggalkan komen atau tidak, bagi saya anda membacanya sudah cukup. Betul komen anda semua adalah pelengkap untuk blog ini, tetapi saya tidak boleh paksa anda menulis komen, kalau anda tidak suka. Itu terpulang kepada semua bagaimana untuk menghargai saya sebagai penulis.
Seperkara lagi, saya sangat sibuk kerana saya menulis untuk 2 buah syarikat. Selain cerita kahwin paksa ini, saya juga sedang menulis sebuah lagi cerita bertajuk AKU AKAN SETIA. Jadi masa yang ada saya bahagikan untuk kesemua manuskrip yang cuba saya siapkan. Jadinya saya tidak boleh berjanji untuk meletak setiap bab pada masa yang terdekat. Saya harap semua akan faham. Terima kasih atas segala sokongan dan saya sangat-sangat menghargainya.

Subscribe to:
Posts (Atom)