tag:blogger.com,1999:blog-57525840924139210792024-03-13T05:35:41.391-07:00TEDUHAN KASIHAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/03906325092040353767noreply@blogger.comBlogger8125tag:blogger.com,1999:blog-5752584092413921079.post-85276745895929793902012-08-01T17:15:00.001-07:002012-08-01T17:15:54.749-07:00DIA PILIHAN HATI bab 6

Rasa betul-betul tidak seronok. Rasa mahu sambung bercuti
dan duduk-duduk di tepi pantai Cenang sambil melihat ombak dan pergi. Rasa
rindu akan pulau bertuah itu. Rindu akan hembusan anginnya, rindu akan
kedamaiannya. Semua aku rindu dan rasanya aku lebih rindukan dia. Kenapa harus
dia? Kenapa mesti Megat Zafril? <o:p></o:p>

“Hmm,
kenapa menung ni?” Sampai-sampai Linda terus tanya. Aku pandang muka Linda
dengan perasaan pelbagai. Selalunya mahu juga aku puji baju dia cantik tapi
hari ni tak ada hati langsung hendak memuji. <o:p></o:p>

“Orang
lain balik bercuti, muka berseri-seri, kau pulak macam muka orang tak ada hati
dan perasaan. Kenapa? Duit banyak habis?” Linda gelak sekali. Dia duduk di
tempatnya kemudian keluarkan bedak. Ditempek ke muka beberapa kali sebelum dia
tambah gincu. Walau tanpa semua tu, Linda tetap cantik, tetap ayu. <o:p></o:p>

“Lin, aku
dah buat silap ke dengan percutian ni?” soalku tiba-tiba. Sungguh, perasaan
sangat tidak sedap ketika ini. <o:p></o:p>

“Apa
maksud kau?” <o:p></o:p>

“Megat
Zafril.” <o:p></o:p>

“Kenapa
dengan Megat Zafril?” <o:p></o:p>

“Aku macam
sukakan dia.” Tidak teragak aku luahkan perasaan kerana itulah yang aku rasa
sejak akhir-akhir ini. Aku boleh berbohong tentang apa saja, tetapi aku tidak
boleh berbohong tentang perasaanku sendiri. Sangat menyakitkan bila berbohong
dengan perasaan sendiri. <o:p></o:p>

Linda
gelak. Kuat dia gelak, macamlah nama Megat Zafril itu salah seorang nama pelawak.
Geram aku jadinya. Tidak memahami langsung. “Kenapa kau rasa macam tu sedangkan
kau bagitahu aku, dia seorang yang begitu membosankan?” soal Linda sebaik
sahaja gelaknya reda. Tahulah aku, Linda memang betul-betul gelakkan aku. <o:p></o:p>

“Dia tidak
seperti Luqman. Jauh sangat.” <o:p></o:p>

“Hmm,
kenal hati budi dia dulu. Jangan buat keputusan terburu-buru. Aku tak nak
pisang berbuah dua kali. Kali ni kalau kau terluka, tentu lebih sakit.” <o:p></o:p>

Aku
angguk. Tanda setuju. Aku tidak mahu terluka lagi. Tidak sama sekali membiarkan
hatiku terluka oleh lelaki sekali lagi tetapi aku berhak untuk mencuba semula.
Mana tahu kali ini akan memberikan aku kebahagiaan yang aku impikan selama ini.
<o:p></o:p>

“Bagaimana
orangnya sampai kau boleh terbuka hati? Sedangkan aku tahu, kau bukan jenis
yang mudah jatuh cinta. Luqman dulu pun, ayat bagai nak rak baru kau terima.”<o:p></o:p>

“Dia
seorang yang sederhana. Nampak tenang. Langsung tidak bersikap memaksa. Mulanya
aku membayangkan Megat Zafril tu sombong, ego. Tapi tak sangka dia sangat
menyenangkan. Tak sombong langsung. Rasa macam selamat kalau di samping dia.
Solat pun dia tak tinggal. Itu yang penting.” Terbayang semula tingkah Megat
Zafril yang cukup sederhana, bersahaja dan sesekali pandai juga buat jenaka.
Sangat menyenangkan. <o:p></o:p>

“Hmm,
seperti menarik saja bunyinya. Habis ada rancangan nak jumpa lagi?” <o:p></o:p>

“Hisy,
merepek kau ni. Tak kan aku nak ajak dia keluar.” Aku gelak. Sudah terikut cara
Megat Zafril bercakap. <o:p></o:p>

“Manalah
tahu. Kan benda bagus selalunya susah nak dapat.” <o:p></o:p>

“Tapi tak
kanlah sampai nak menjatuhkan maruah pulak.” <o:p></o:p>

Kami
sambung buat kerja. Tinggalkan sekejap pasal Megat Zafril. Senang-senang nanti
aku boleh sambung ingat dia. Buat sementara tak nak fikir apa-apa. <o:p></o:p>

“Seorang
tolong pergi bahagian production. Ada masalah sikit dengan kiraan di sana,”
arah Encik Sufian. <o:p></o:p>

“Nanti
saya pergi.” Linda menawarkan diri tapi aku tahu Linda lebih kepada mahu membantuku.
Dia tahu kalau aku ke bahagian production, aku akan bertembung dengan Luqman. Kalau
bertembung dengan Luqman, hati aku sakit semula. <o:p></o:p>

“Awak
tolong saya buat ni, biar Nea pergi production.” <o:p></o:p>

“Tadi
encik tanya siapa nak pergi, sekarang cakap macam tu pulak. Kalau macam tu tak
payahlah tanya.” Linda menjawab seperti biasa. Pantang silap sikit, bukan dia
kira siapa. <o:p></o:p>

Encik
Sufian tidak menjawab sebaliknya hanya letak fail berwarna biru atas meja
Linda. Takut dengan Linda agaknya. Bermakna mahu atau tidak, aku terpaksa ke
bahagian production. Mahu atau tidak aku akan berhadapan juga dengan Luqman.
Lebih menyakitkan aku akan berhadapan dengan Hanani. <o:p></o:p>

Ah! Rasa
nak balik rumah saja. Rasa mahu saja telefon Megat Zafril, masuk ajelah
meminang. Lepas tu aku tak perlu lagi bekerja. Duduk rumah jadi suri rumah
sepenuh masa. Habis cerita. <o:p></o:p>

“Pergi
sekarang,” arah Encik Sufian bila aku masih tidak bergerak lagi. <o:p></o:p>

Dengan
perasaan berat, aku atur langkah. Dalam kepala sudah fikir macam-macam. Entah
apalah alasan untuk aku membalas sindiran-sindiran Hanani nanti. Tunangan Luqman
itu memang terkenal dengan cakap lepasnya. <o:p></o:p>

Semakin
berat bila bahagian production semakin hampir. Mula sekali aku pandang meja
Luqman. Kosong. Harap dia ada mesyauarat dengan Head Officer Department. Namun
ternampak Hanani sedang berdiri berhampiran almari. <o:p></o:p>

“Hah
kenapa naik sini pulak?” soal Hanani dengan wajah kurang senangnya. <o:p></o:p>

“Encik
Sufian suruh tolong kira kat sini.” <o:p></o:p>

“Kau saja
nak cari peluang datang production sebab kau nak jumpa Luqman bukan?” Nampak
Hanani seperti gagal mengawal perasaannya. <o:p></o:p>

“Kau nak
aku turun balik dan beritahu Encik Sufian yang kau halau aku sebab takut aku
kacau tunang kau? Begitu?” Aku tentang wajah Hanani dengan berani. Peduli apa
aku. <o:p></o:p>

“Cakap
ajelah kau masih sayangkan Luqman.” <o:p></o:p>

“Kau ingat
aku ada hati lagi dengan lelaki bangsat macam tu?” Hilang sudah kesabaranku.
Aku sudah ingatkan, jangan mencari pasal dengan mengungkit benda yang lepas.
Sakit hati nanti. Tapi Hanani degil juga. Setiap kali jumpa, itulah modal yang
dia ungkit. <o:p></o:p>

“Kalau kau
takut sangat, simpan dia tu dalam kain kau. Habis cerita. Aku sebenarnya sikit
tak hairan dengan tunang kau tu.” <o:p></o:p>

“Mulut kau
jaga sikit. Jangan kurang ajar sangat.” <o:p></o:p>

“Siapa
yang mulakan dulu? Aku atau pun kau. Aku datang atas arahan Encik Sufian. Kalau
kau tak puas hati, kau boleh jumpa Encik Sufian sendiri. Aku tak ada masalah.
Tak datang sini aku lagi suka. Tak payahlah aku tengok muka-muka bangsat kat
sini!” Suaraku makin lantang sehingga menarik beberapa kaki tangan lain. Aku
jeling semuanya dengan pandangan tajam sehingga masing-masing sambung kerja. <o:p></o:p>

“Kenapa
bising-bising ni?” Luqman muncul tiba-tiba. Aku pandang wajah Luqman dengan
perasaan membara. <o:p></o:p>

“Tanya
sendiri kat tunang kesayangan awak tu,’ marahku. <o:p></o:p>

“Baby
kenapa ni?” soal Luqman kepada Hanani. Baby? Aku sanggup makan rumput daripada
tunang aku nanti panggil aku baby. Rasa nak muntah kejap ini juga. <o:p></o:p>

“Tak
tahulah. Dia ni datang marah-marah. Senang-senang panggil ayang bangsat.”
Hanani menurun dengan sawan gediknya. Karang bukan dia saja yang aku lempang,
dengan ayang dia sekali melayang. <o:p></o:p>

“Saya
datang sini atas arahan Encik Sufian disebabkan bahagian sini bangang sangat
tak reti-reti nak buat kira. Tapi kedatangan saya disambut dengan maki hamun
yang menyatakan saya ni saja gatal datang sini untuk mengorat tunang orang. Jadi
betullah kat atas ni ada yang jadi bangsat!” Aku jeling Hanani dengan pandangan
tajam. <o:p></o:p>

“Nea,
jangan melampau sangat,” suara Luqman sedikit perlahan. <o:p></o:p>

“Saya
tidak melampau.Saya ikut keadaan. Kalau orang melampau dengan saya, saya nak
diamkan saja ke?” <o:p></o:p>

“Okey, okey.
Awak boleh sambung kerja awak. Baby sambung kerja baby.” Seperti biasa Luqman
jalankan misi pengamannya. Memang amanlah. Si ‘baby’ hentak kaki tinggalkan
kami dengan jelingan tajam. <o:p></o:p>

“Kalau
boleh janganlah datang sini selalu.” Luqman bersuara perlahan. Jelas dan nampak
betapa pengecutnya Luqman. <o:p></o:p>

“Saya pun
tak teringin nak datang sini. Kalau tak Encik Sufian yang suruh, tak ingin saya
jejakkan kaki ke bahagian ni. Dan kalau bahagian sini tak bangang sangat, tak
buat salah, saya rasa, tak perlu saya datang tolong. Kenapa masing-masing masih
tak tahu buat kerja? Cakap masing-masing pandai. Tapi bila buat kerja semuanya
tak boleh diharap.” Aku sambung berleter sambil mengambil tempat. Luqman letak
beberapa fail yang perlu aku buat pemeriksaan. Kemudian dia sendiri duduk di
hadapanku. Tanpa memperdulikan diri Luqman, aku sambung buat kerja. Mencari
punca kenapa lebihan pengeluaran tidak sama dengan jumlah jualan. Kilang biskut
yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera itu, kerap benar berlaku lebihan
pengeluaran. <o:p></o:p>

“Dengar
cerita cuti raya Cina baru ni makan angin ke Langkawi, seronok ke?” soal Luqman
perlahan. <o:p></o:p>

“Tak boleh
ke saya rasa seronok? Kalau saya seronok awak boleh sakit jantung?’ soalku
tanpa mahu melihat wajah Luqman. <o:p></o:p>

“Bukanlah
begitu. Sekadar nak tahu saja.” <o:p></o:p>

Aku gelak
sinis sekali. “Hai, sejak bila pulak nak ambil tahu tentang saya ni?” <o:p></o:p>

“Nea,
kenapa macam ni? Kenapa kita tak boleh berbaik semula dan berkawan seperti
biasa? Boleh tak kita lupakan masa lalu kita? Dan anggap semuanya sebagai
suratan takdir. Jauh di sudut hati saya, saya masih sayangkan awak Nea.” <o:p></o:p>

“Luqman,
apa yang awak merepek ni? Nak kita berbaik semula dan berkawan seperti biasa?
Kalau saya buat macam tu ibarat saya berjalan atas kaca, awak tahu tak? Setelah
apa yang awak lakukan terhadap saya, awak ada hati lagi nak berbaik-baik dengan
saya? Awak ni dah hilang ingatan ke Luqman. Disebabkan cinta awak yang overdose
tu kat Hanani, awak dah lupa apa yang sudah awak lakukan terhadap saya? Saya
nak berbaik semula dengan orang yang mengkhianati diri saya? Karut betul!” Aku
pandang tepat muka Luqman sambil senyum sinis. <o:p></o:p>

“Nea, kita
boleh jadi sahabat. Saya masih mahu berkawan dengan awak. Awak pernah menjadi
seseorang yang istimewa dalam hidup saya dan saya sangat menghargai saat-saat
indah kita bersama.” <o:p></o:p>

“Tapi saya
anggap awak sudah lama mati. Dan
sebolehnya saya tak nak ingat apa-apa tentang awak. Jadi tolong jangan kacau
hidup saya lagi. Cukuplah dengan apa yang awak telah buat. Saya memang sudah
tak ada hati dan perasaan lagi. Maaf kalau bahasa saya kasar terhadap awak dan
baby awak. Nampaknya kita tak boleh berbaik sampai bila-bila.” Aku tegas dengan
keputusanku. Selagi aku tidak boleh lupa segala kesakitanku akibat dikhianati,
selagi itu aku tidak akan maafkan Luqman. Sampai bila-bila. <o:p></o:p>

“Kalau
begitu, bermakna awak masih sayangkan saya. Awak tak boleh terima kenyataan
kerana awak masih mengharapkan kasih daripada saya. Bukan begitu?” <o:p></o:p>

“Tolonglah.
Jangan cakap yang bukan-bukan. Jangan buat saya muntah kat sini. Untuk
pengetahuan awak, saya sudah jumpa pengganti awak. Jadi kalau betul awak masih
nak mengambil berat tentang saya, doakanlah saya bahagia. Itu sudah cukup buat
saya.” Aku sambung buat kerja. Kalau ikutkan aku malas nak bercakap dengan
Luqman. <o:p></o:p>

“Tak
perlulah awak menipu. Saya kenal awak siapa. Tak semudah itu awak mahu mencari
pengganti.” <o:p></o:p>

Tanpa mahu
menjawab, aku terus serahkan telefon bimbitku. Mahu Luqman melihat
gambar-gambar yang aku rakamkan bersama Megat Zafril ketika di Langkawi. Cukup
sebagai bukti sudah ada lelaki dalam hidupku. <o:p></o:p>

“Siapa dia
ni?” soal Luqman. Aku angkat muka untuk melihat muka Luqman. Mahu melihat riak
wajah Luqman apabila melihat gambar-gambarku bersama Megat Zafril. Ternyata
wajah lelaki yang kononnya paling kacak di kilang biskut ini berubah sama
sekali. <o:p></o:p>

“Megat
Zafril,” jawabku pantas. <o:p></o:p>

“Siapa
dia?” <o:p></o:p>

“Anak
kenalan mak saya. Mak saya yang perkenalkan kepada saya. Mana tahu pilihan mak
saya berkat. Harap macam tulah.” Rasa seperti sangat gembira melihat wajah Luqman
begitu. Seperti aku sudah mencarik-carik perasaannya. Seperti aku sudah berjaya
menyakiti perasaannya. <o:p></o:p>

“Awak
suka?” <o:p></o:p>

“Saya suka
dan sedang mengenali hati masing-masing. Setakat ni dia sangat menyenangkan
hati saya dan saya rasa tak ada sebab untuk saya menolak pilihan mak saya kali
ni. Saya akan beri peluang kepada dia.” Aku bercakap dengan yakin. Sesungguhnya
itulah yang bakal aku lakukan. Memberi peluang kepada Megat Zafril. <o:p></o:p>

Ketika aku
rasa gembira teramat sangat dan Luqman masih melihat gambar-gambarku, telefon
bimbit di tangan Luqman berbunyi galak. Luqman pandang wajahku. “Megat Zafril,”
katanya selepas itu. Cepat aku sambar telefon bimbitku dan jawab terus. <o:p></o:p>

“Assalamualaikum.”
Suara romantik Megat Zafril memberi salam. Sekejap ini pula rasa perasaan
berbunga-bunga. <o:p></o:p>

“Waalaikumusalam.
Abang kat mana ni?” soalku sambil pandang wajah Luqman. Jelas tidak senang pada
wajah itu. Sukanya aku melihat keadaan Luqman begitu. Bertambah berbunga
perasaan. <o:p></o:p>

“Abang kat
luar ni. Nak jumpa kawan kejap. Err, boleh kita keluar makan tengahari ni?” <o:p></o:p>

“Alaa…tak
bolehlah bang. Tempat kerja Nea memang tak benarkan kami keluar makan tengahari
kat luar. Memang dah undang-undang macam tu. Err, apa kata makan malam?” Tak
sampai hati pulak tolak pelawaan Megat Zafril, tapi apa boleh buat. Peraturan
kilang sudah tertulis begitu. <o:p></o:p>

“Emm,
boleh jugak tu.” <o:p></o:p>

“Tapi kita
kena rahsiakan dulu daripada mak-mak kita. Karang kalau tahu mahu esok mereka
tunangkan kita.” <o:p></o:p>

Aku dengar
Megat Zafril gelak. Mula terbayangkan bibirnya dan gelak tawanya. Walau baru
semalam, tapi rasanya aku sudah mula merindui senyuman itu. Ah! Gawat ni. <o:p></o:p>

“Tu
memanglah. Kena rahsiakan. Tak pasal-pasal karang syak kita jatuh cinta pulak.”
<o:p></o:p>

Rasanya
memang ya. Memang sudah mula jatuh cinta. Kalau tidak masakan aku terbayang-bayang
senyuman Megat Zafril. Masakan aku terbayang tutur bicaranya yang lembut dan
menawan hati. Dan semuanya seperti menyenangkan perasaanku. <o:p></o:p>

“Okey
abang, nanti dah tahu nak makan kat mana, abang call Nea semula. Nea tengah
buat kerja ni. Ada pulak manusia yang tak sekolah, tak reti-reti nak buat kerja
walau sudah bertahun kerja.” Sambil tu aku sempat lagi sakiti hati Luqman. Aku
dengar Megat Zafril gelak lagi. Seperti gembira benar dia. <o:p></o:p>

“Okey,
okey. Maaf ganggu Nea. Nanti apa-apa hal abang call Nea. Assalamualaikum.” <o:p></o:p>

“Waalaikumusalam…”
Aku senyum sebaik sahaja suara Megat Zafril tidak lagi kedengaran. Suka. <o:p></o:p>

Luqman
bangun tiba-tiba. Tidak tahu kenapa dia boleh bangun tetapi aku perasan wajah
Luqman benar-benar berubah selepas itu. Tiba-tiba perasaan suka aku jadi
berlipat kali ganda. Aku sudah sakitkan hati diakah? Bagus. Itu yang aku suka. <o:p></o:p>

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03906325092040353767noreply@blogger.com15tag:blogger.com,1999:blog-5752584092413921079.post-21872528115691320732012-07-29T21:07:00.001-07:002012-07-29T21:07:05.084-07:00DIA PILIHAN HATI BAB 5

MASA untuk berpisah. 3 hari 2 malam kami di Langkawi. Tanpa
aku sedar banyak kenangan manis yang tercipta terutama antara aku dan Megat Zafril. Walaupun
berat untuk aku mengaku itulah kenangan manis yang terindah, namun hakikatnya
aku tidak boleh menafikan kebenaran. Bersama Megat Zafril dan mencipta
jejak-jejak manis adalah sesuatu di luar kotak pemikiranku. Sangkaku ianya
bagai mimpi buruk tetapi yang muncul adalah sesuatu yang penuh dengan warna
warni. Rasanya misi emak dan Hajah Asmah menampakkan sedikit kejayaan. Aku dan Megat
Zafril semakin mesra. Sehingga tiba di Jeti Kuah, kami masih bersama. Berbual
dan bercerita tentang apa saja. Sungguh ajaib rupanya hubungan manusia ini. <o:p></o:p>

“Nea suka
dengan percutian ni?” soal Megat Zafril perlahan ketika kami sama-sama
menantikan feri tiba untuk membawa kami semula ke Kuala Kedah. Ketika itu
keadaan jeti masih sesak dengan penumpang lain yang sama-sama menantikan feri. Riuh
rendah seperti tidak terasa kerana aku seakan sudah tercampak ke daerah yang
paling tenang yang sebelum ini aku tidak tahu akan ujudnya daerah tenang itu. <o:p></o:p>

“Hmm,
gembira sebab dapat kenal abang,” balasku. Kami berdua memilih untuk berdiri di
dinding kaca yang menampak sebahagian laut. Ingin mengasingkan diri dari
pandangan kedua ibu bapa kami . Yang
jelasnya aku tidak mahu menampakkan mesra di mata mereka. Orang kata terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata, inilah akibatnya. Kenapalah hari tu aku
jadi terlalu sombong. Sombong untuk menerima Megat Zafril seadanya dan langsung
tidak berlapik kata pada emak. Apakah ini balasan dari Tuhan kerana
keterlanjuran bicaraku? Nampaknya aku sudah dapat cash terus. <o:p></o:p>

“Abang pun
gembira dapat kenal Nea.” <o:p></o:p>

Aku
betulkan topi Megat Zafril yang agak menutup mata. Tak dapat melihat matanya.
Selain senyuman, aku suka melihat mata Megat Zafril. Cantik dan tedup. Megat
Zafril senyum. Ah…Susah hati aku jadinya. <o:p></o:p>

“Kita
kawan,” kata Megat Zafril lagi. <o:p></o:p>

“Emm,
kawan.” Aku angguk sambil pandang anak matanya yang nampak ikhlas. Redup dan
tenang seperti menggambarkan hatinya yang juga tenang dan damai. Selama ini,
aku belum pernah bertemu seorang lelaki seperti Megat Zafril. Rata-rata lelaki
yang aku temui, belum ada membuatkan aku rasa selesa dan selamat termasuklah
lelaki seorang itu. Lelaki yang telah membuatkan hatiku luka dan parah. Rasa
sakitnya masih terasa sehingga membutakan mata hatiku untuk menerima lelaki
lain. Namun kali ini seperti, mata hati mula terbuka untuk melihat semula
lelaki yang ada di hadapan mataku ketika
ini. <o:p></o:p>

“Tapi
boleh tak kawan jadi kekasih?” Waktu bertanyakan soalan itu, Megat Zafril
pandang tempat lain. Mungkin soalan itu jenis soalan berat. Dia mungkin tidak
mahu melihat wajahku kerana tidak mahu melihat jawapan kecewa yang dipamerkan
pada wajahku. <o:p></o:p>

Aku tarik
nafas panjang. Mencari jawapan yang boleh membuatkan Megat Zafril rasa selesa
dan tidak terasa apa-apa. Dia tidak bersalah dan tidak perlu terhukum dengan
keadaan yang menimpa aku sekarang. <o:p></o:p>

“Selalunya
memang begitu. Dari kawan jadi kekasih. Yang susahnya dari kekasih menjadi
kawan.” Aku tarik nafas lagi. Hakikat memang begitu. Jarang dari kekasih
menjadi kawan. Sebahagiannya akan menjadi musuh selama-lamanya. Seperti tiada
langsung kebaikkan semasa bersama. <o:p></o:p>

“Harap
kita tidak akan menjadi musuh selepas ni. Kalau ada yang tidak puas hati
berterus terang saja. Abang tidak mahu Nea rasa tertekan ketika berkawan dengan
abang. Abang mengaku, dalam berkawan abang agak kolot. Banyak benda yang abang
tak tahu.” Sekilas Megat Zafril jeling aku semula. Aku balas dengan senyuman
nipis. Hati berkocak perlahan. Setiap kali Megat Zafril menjeling, seperti ada
sesuatu yang tidak kena. <o:p></o:p>

Aku senyum
lagi. Anak emak memang begitu. Semuanya terbatas. Pergaulan sudah tentu terhad.
Sebab itu anak emak semuanya serba tidak tahu. Semua emak yang uruskan. Nea,
kalau awak pilih dia, nanti semua awak jugak yang kena uruskan. Nampak pada
zahir lelaki seorang ini tidak tahu apa-apa. Rasanya tali kasut pun awak yang
kena ikat, Nea. Sanggup ke tanggung risiko macam tu seumur hidup? Satu lagi,
kalau pilih dia, awak tetap jadi nombor 2 untuk selamanya. Emak dia tetap
nombor 1 sampai bila-bila. Ah! Kenapa jauh benar fikiran melayang? <o:p></o:p>

“Taklah.
Abang biasa saja. Okey aje. Apa yang kolotnya?” soalku bersahaja. <o:p></o:p>

“Janganlah
nak sedapkan hati abang. Abang tahu kekurangan abang. Tak pandai nak berkawan.”
Megat Zafril mengeluh selepas itu. <o:p></o:p>

“Tak
adalah. Nea suka berkawan dengan abang. Nea ikhlas cakap ni. Tak ada kes nak
sedapkan hati abang. Abang pun tahu bukan, Nea seorang yang suka berterus
terang. Kalau Nea tak suka, Nea cakap tak suka. Nea tak suka simpan-simpan.
Sebab itu kalau abang mahu terus jadi kawan Nea, abang kena tahan. Nea suka
cakap lepas. Kalau abang nak cakap Nea kurang ajar pun Nea tak kisah.” Aku
berterus terang dengan sikap sebenarku. <o:p></o:p>

“Itu yang
abang suka. Tak suka dengan orang yang hipokrit ni.” <o:p></o:p>

Aku senyum
lagi. Sebenarnya aku lebih hipokrit sekarang ini. Banyak yang aku sembunyikan,
tetapi aku sekadar mahu menjaga hati saja. Mahu semua berada dalam keadaan yang
menyenangkan. <o:p></o:p>

“Jangan
jadi hipokrit semata-mata mahu menjaga hati orang,” kata Megat Zafril lagi. Dan
aku mula rasa terpanggang. Senyumanku jadi tawar. Perasaan juga. Ya, kenapa
harus jadi hipokrit semata-mata mahu menjaga hati orang lain? Dan kenapa harus
jadi hipokrit semata-mata mahu rahsiakan perasaan sendiri? Kalau hati kata
sudah suka, kenapa tidak boleh berterus terang saja? Kenapa masih nak menipu? <o:p></o:p>

Ah! Persoalannya
sekarang ini, aku sudah terlanjur bercakap tidak serasi. Mana boleh kejap ini
nak luahkan isi hati. <o:p></o:p>

BARU beberapa jam berpisah, aku sudah mula terkenangkan
Megat Zafril. Terasa seperti dia ada di sini sebagaimana dia menemaniku
sepanjang berada di Langkawi. Aneh tentang lelaki seorang ini. Dia sangat
biasa. Terlalu biasa. Penampilan sederhana tetapi di mataku nampak seperti
sempuna. <o:p></o:p>

Apa sudah
jadi Nea? Kenapa boleh bawa perasaan begitu sampai ke rumah? Mulut mati-mati
cakap tidak serasi tetapi kenapa sangat berkesan di hati? Mustahil kalau Megat
Zafril guna ubat pengasih. Tetapi perasaan rasa sangat lain. Terkenang-kenang.
Tutur bicaranya yang sopan dan tersusun. Senyumannya yang manis dan sentiasa
mahu melihatnya. Jangan jadi hipokrit Nea. Ingat Megat Zafril kata jangan jadi
hipokrit. Dia tidak suka orang begitu. Dia silap. Sebenarnya dalam soal
perasaan, kadang kala perlu jadi hipokrit. <o:p></o:p>

Aku lihat
semula gambar-gambar yang tersimpan di dalam telefon bimbitku. 90 peratus
adalah gambar Megat Zafril. Senang pula wajah-wajahnya diambil. Senyum, jeling,
aksi nakal, semuanya seperti mengundang rasa rindukku. Rindu? Gila awak Nea.
Belum apa-apa sudah sebut rindu. <o:p></o:p>

Ah terasa
mahu bercinta semula. <o:p></o:p>

Tersentak
bila telefon berbunyi. Nama Megat Zafril sudah terpamer. Cepat aku jawab. <o:p></o:p>

“Assalamualaikum.”
Suara Megat Zafril sama seperti sebelumnya. Tenang dan mendatar. <o:p></o:p>

“Waalaikumusalam.”
Aku jawab bersama senyuman. Suka. <o:p></o:p>

“Nea buat
apa tu?” <o:p></o:p>

Nak jawab
apa? Nak beritahu aku sedang melihat gambar-gambar dia di Langkawi? Kalau aku
jawab begitu soalan begini mesti menyusul. Kenapa tengok gambar abang? Jadi aku
bakal jadi hipokrit sekali lagi. <o:p></o:p>

“Nea ingat
nak tidur aje. Badan rasa letih sangat ni. Esok mula kerja. Ikutkan hati rasa
nak sambung cuti saja. Malas betul nak kerja.” <o:p></o:p>

“Hmm,
kalau malas nak kerja kahwinlah cepat. Duduk rumah saja. Habis cerita Uruskan
rumah tangga.” <o:p></o:p>

Hmm, bunyi
macam buat tawaran, tawaran nak jadi bibik dia. “Hmm, bilalah agaknya Nea ni
boleh jadi mem macam tu.” Aku jawab sambil tarik nafas. <o:p></o:p>

“Cakap
aje, bila-bila pun boleh…” <o:p></o:p>

Aku
buat-buat gelak walaupun aku tidak tahu kenapa aku boleh gelak begitu. Rasa gedik semacam, tapi dengan cara itulah aku
boleh mengawal keadaan. Boleh menyembunyikan segala rasa. <o:p></o:p>

“Emm, mak
abang buat apa sekarang ni? Nea tengok banyak beli barang tadi.” Aku larikan
perhatian Megat Zafril dari berbicara soal yang aku tidak berapa boleh tumpang
beri pendapat. Tidak mahu berbicara soal-soal yang agak peribadi kerana aku
tidak mahu terus-terusan bergelumang dengan hipokrit. <o:p></o:p>

“Tengah
tengok pinggan-pinggan yang mak beli tadi. Rumah ni dah penuh dengan pinggan
mangkuk. Pelik betul. Memang orang perempuan suka kumpul pinggan?” <o:p></o:p>

“Tak
tahulah. Mak Nea pun sama. Suka kumpul pinggan mangkuk.” <o:p></o:p>

“Nea tak
suka?” <o:p></o:p>

“Belum
lagi ada minat macam tu sebab tak ada rumah sendiri lagi. Nanti kalau sudah ada
rumah sendiri mungkin juga kut,” jawabku jujur. Sekarang ini pinggan mangkuk
belum ada dalam senarai barang yang mahu dibeli. “Susah-sudah nanti angkut
pinggan mangkuk mak aje. Habis cerita.” Gelakku bermula lagi. Seperti lucu
benar tapi tak lawak pun. <o:p></o:p>

“Kan,
habis cerita. Rumah mak abang pun banyak. Abang pun akan angkut sama nanti.” <o:p></o:p>

Nak
sambung gelak tak jadi sebab kata-kata Megat Zafril mematikan segera niat
tersebut. Abang pun akan angkut sama nanti? Serius, memang aku tak faham apa
maksud kata-kata Megat Zafril itu. Seolah-olah pinggan yang mahu diangkut itu
bakal diletakkan di dalam rumah yang sama dengan rumah yang mahu aku letak
pinggan mangkuk juga. Apa cerita sebenarnya ni? <o:p></o:p>

“Senang
betul kerja kitakan? Tukang angkut saja.” Megat Zafril menokok seperti
kata-katanya sebentar tadi tiada mempunyai apa-apa makna. Atau mungkinkah aku sudah
tersalah dengar? Atau mungkinkah juga aku sudah tersalah tafsir maksud sebenar
kata-kata Megat Zafril itu? <o:p></o:p>

“Tu le…”
Aku jawab ringkas. <o:p></o:p>

“Abang
gurau aje. Kita pun boleh kumpul harta sendiri. Buat apa nak kacau harta orang
tua.” <o:p></o:p>

“Betul tu.”
Kenapalah bercakap topik bosan ni? Aku tak nak bercerita pasal pinggan mangkuk,
harta pusaka bagai. Aku mahu cerita pasal lain. Cerita yang boleh buat
perasaanku jadi berbunga-bunga. Aku mahu lupa diri sekejap. <o:p></o:p>

Diam
seketika. Aku cuba mencari ayat-ayat yang membolehkan kami bercakap lebih lama
lagi. Dengar suara dia sudah cukup. <o:p></o:p>

“Emm,
harap bila-bila kita boleh bercuti macam ni lagi.” Ujarku perlahan<o:p></o:p>

“Insya
Allah, apa kata lepas ni kita pergi Sabah pulak. Kita panjat Gunung Kinabalu.” <o:p></o:p>

“Abang,
agak-agaklah. Tak kan nak ajak mak-mak kita panjat Gunung Kinabalu.” <o:p></o:p>

“Siapa
cakap abang nak ajak mak-mak kita pergi sama? Abang nak bawa Nea sorang saja.
Merepek Nea ni nak panjat Gunung Kinabalu dengan mak-mak kita.” <o:p></o:p>

Aku gelak.
Tak terbayangkan kalau mak dan Hajah Asmah ikut sama panjat Gunung Kinabalu. “Nea
ingat nak buat rombongan Cik Kiah lagi.” Aku sambung gelak. <o:p></o:p>

“Lepas ni
kita pergi berdua saja. Tak payah nak ajak orang tua.” <o:p></o:p>

“Nea tak
ada masalah. Cuma nak berjawab dengan mereka tu aje yang jadi masalahnya. Kalau
nak ikut abang, Nea tak kisah. Sebab Nea tahu abang lelaki yang boleh
dipercayai. Cuma tulah, tak kan nak cakap kita keluar berdua. Karang tak
pasal-pasal kita diijab kabulkan.” Aku gelak lagi. <o:p></o:p>

“Apa
salahnya kalau kita diijab kabulkan. Abang tak kisah.” <o:p></o:p>

Mendatar saja
suara Megat Zafril. Bagai ada yang tidak kena. Dia sudah mula jatuh cintakah?
Pertemuan singkat ini sudah menerbitkan bunga-bunga cinta di hati lelaki Megat
Zafril? Dan aku perlu beritahu yang aku ada rasa sedikit suka kepadanya? Jangan
Nea. Belum masanya. Mana boleh cakap apa-apa lagi. <o:p></o:p>

“Kalau ada
jodoh kita, tentu tak ke mana bang. Sementara tu kita kawan dulu.” Aku
menyedapkan hati Megat Zafril. Mahu dia menaruh harapan juga. <o:p></o:p>

“Ya betul
tu. Kita perlukan masa untuk sesuaikan diri. Kenal hati budi masing-masing dan
juga kekurangan serta kelemahan kita.” <o:p></o:p>

“Banyak
masa lagi bang, insya Allah.” <o:p></o:p>

“Emm,
betul. Okeylah Nea. Abang pun nak masuk tidur ni. Esok nak mulakan kerja.” <o:p></o:p>

“Abang,
sekejap.” <o:p></o:p>

“Ya…” <o:p></o:p>

“Tempat
kerja abang tu ramai pekerja perempuan tak?” <o:p></o:p>

“Ada juga,
tapi bahagian ofis pengurusan sajalah. Yang ramai pekerja lelaki saja, maklum
syarikat penghantaraan. Nea jangan bimbanglah. Ofis abang ni semua pekerja
lelaki.” Megat Zafril gelak perlahan. <o:p></o:p>

Ah! Kenapa
aku boleh tanya soalan macam tu? Tak logiknya soalan. Nanti dia ingat apa
pulak. Alahai…<o:p></o:p>

“Hmm, okey
abang. Nanti kita sambung lagi. Selamat malam. Assalamualaikum.” Cepat aku bagi
salam. Tak mahu salah cakap lagi. Nanti lagi panjang cerita. Cukuplah tersasul
sekali. <o:p></o:p>

“Okey Nea,
selamat malam. Mimpi indah tau. Waalaikumusalam.” <o:p></o:p>

Aku tutup
telefon bimbit. Fikiran juga terasa mati. Tak boleh fikir apa-apa. Bimbang
betul kalau Megat Zafril dapat meneka maksud yang tersurat. Maka betullah,
sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana. <o:p></o:p>

<o:p></o:p>
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03906325092040353767noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-5752584092413921079.post-31573556853696871622012-07-27T17:15:00.001-07:002012-07-27T17:15:08.324-07:00DIA PILIHAN HATI bab 4

SELESAI bersarapan, kami buat acara masing-masing. Kaum ibu
bapa dengan sebuah kereta. Dan kami dengan sebuah lagi kereta. Acara kami
berbeza. <o:p></o:p>

“Abang nak
ke mana?” soalku ketika Megat Zafril sudah memandu. <o:p></o:p>

“Abang
ikut Nea. Abang tukang pandu kereta saja.” <o:p></o:p>

“Mana
boleh macam tu. Mana boleh jadi tukang saja. Kenalah juga fikirkan apa yang
abang nak buat. Abang jangan terlalu ikut cakap perempuan. Tak baik. Abang kena
bertegas.” <o:p></o:p>

“Cakap
perempuan mana lagi abang nak ikut. Abang mana ada kawan perempuan.” <o:p></o:p>

“Nea cakap
masa akan datang. Mana tahu jumpa perempuan yang buat abang berkenan.” <o:p></o:p>

“Siapalah
yang nak kan abang ni.” <o:p></o:p>

Eh mamat
ni. Main drama pulak. Aku cuma nak ajar dia saja jangan jadi lelaki lembik,
yang tahu ikut cakap perempuan saja. Dia pulak fahamkan benda lain. <o:p></o:p>

“Suka hati
abanglah. Nea cakap benda yang betul.” <o:p></o:p>

“Terima
kasih ingatkan abang. Hmm, jadinya abang buat keputusanlah. Kita naik kereta
kabel dulu, kemudian kita melawat makam mahsuri. Boleh?” Dia senyum sambil
jeling sekali. <o:p></o:p>

“Macam
tulah.” Senang dengan keputusan Megat Zafril, jadi aku tiada bantahan. Nampaknya
dia juga selesa. Senyuman yang terukir di bibirnya sudah menjelaskan keadaan.
Emm, rasanya kami boleh berkawan. <o:p></o:p>

“Abang,” <o:p></o:p>

“Emm…” <o:p></o:p>

Aku suka
dengar sebutan emm itu. Sangat lembut dan mendalam. Ada keistimewan yang
tersendiri. Aku tepuk dahi. Sekejapnya aku lupa apa yang aku mahu tanyakan. Ah!
Hilang ingatan sekejap. <o:p></o:p>

Megat Zafril
terus memandu. Langsung tak cakap apa-apa. Aku pula berusaha untuk ingat semula
soalan yang mahu aku tanyakan. Dan aku teringat kembali. <o:p></o:p>

“Abang…” <o:p></o:p>

“Emm.” <o:p></o:p>

Ah,
sukanya dengar dia sebut emm itu. “Sepupu abang tu cantik?” Itulah soalan yang
mahu aku ajukan. <o:p></o:p>

“Sepuluh
kali cantik Nea. Dia gelap.” Cepat Megat Zafril beri jawapan. Langsung tak
fikir terlebih dahulu. Secara logiknya aku tahu, Megat Zafril marah. Tidak suka
aku bertanyakan tentang sepupunya. Jadi aku fikir, tak perlulah aku tanya
lebih-lebih walaupun aku mahu benar bertanya lagi soalan. Dia suka ke dengan
sepupunya itu. Kalau suka, jenis suka yang bagaimana. Tapi jawapan Megat Zafril
tadi sudah mematikan semangatku untuk bertanya lagi. <o:p></o:p>

“Sebenarnya
abang tak setuju dengan rancangan mak abang tu. Banyak masalah nanti. Karang
kalau apa-apa terjadi, lagi susah sebab melibatkan hubungan saudara mara. Tapi
mak abang degil. Nak jugak. Sudahnya kena tolak. Baru kena tolak pun dah masam
muka. Lama jugaklah tak bercakap dengan mak ngah abang tu.” Megat Zafril
bercerita. <o:p></o:p>

“Habis
abang suka dengan sepupu abang tu?” <o:p></o:p>

“Hisy,
merepek Nea ni. Sepupu kan. Nak suka apa lagi.” <o:p></o:p>

Satu lagi
aku suka Megat Zafril sebut hisy, merepek Nea ni. Sudah jadi tagline dia pulak.
Ah! Kenapa banyak benar perkara yang aku suka tentang Megat Zafril ini? <o:p></o:p>

“Gadis
lain tak ada?” <o:p></o:p>

“Mana ada.
Kalau ada taklah kalut Hajah Asmah tu buat benda ni. Siap bawa kita pergi
bercuti ke Langkawi lagi. Kebetulan pulak mak Nea pua sama nak carikan Nea
jodoh, ibarat pucuk dicita ulam yang datang. Tinggal kita saja yang susah nak
serasi.” Suara Megat Zafril mendatar. <o:p></o:p>

“Tapi kita
okey. Tak adalah nak gaduh-gaduh ke. Nak marah-marah ke.” <o:p></o:p>

“Kita sudah
berusia. Bukan budak-budak lagi nak buat perangai macam tu. Berkawan aje
baik-baik. Kalau sudah tertulis, kita tak ada jodoh, buat macam mana pun, jodoh
tu tetap tak ada.” <o:p></o:p>

Aku
senyum. Puas hati dengan jawapan Megat Zafril. Betul tu. Kami masing-masing
sudah dewasa. Kenapa harus buat perangai tidak matang sedangkan bukanlah
perkara terlalu besar. Sekadar memenuhi kehendak orang tua sahaja. Apa salahnya
menggembirakan hati mereka. <o:p></o:p>

Hampir seharian kami menghabiskan masa bersama. Pulang pun
sudah masuk waktu maghrib. Hari ini rasa sangat gembira kerana dapat
menghabiskan masa bersiar-siar tanpa bersama kaum ibu bapa. <o:p></o:p>

Hmm, tak
sangka Megat Zafril tidaklah sebosan mana. Dia pandai bawa diri dan sentiasa
mengawal tingkah laku. Langsung tidak tunjukkan sifat-sifat yang tidak
menyenangkan. <o:p></o:p>

“Penatnya…”
Aku lambung badan atas katil. Pejam mata dan bayangkan keseronokkan yang aku
lalui sepanjang hari ini. Dari menikmati rasa gementar ketika menaiki kereta
kabel di Gunung Mat Chinchang sehinggalah singgah di Makam Mahsuri. Menikmati
makanan yang enak di Pulau Langkawi yang jarang-jarang aku jumpa di KL. <o:p></o:p>

“Seronok?”
Mak tanya. <o:p></o:p>

“Seronok.”
Aku jawab sepatah. <o:p></o:p>

“Mana tak
seronok. Sehari suntuk merayap. Itu yang Nea suka bukan?” Mak cakap lagi. Masa
tu Hajah Asmah tiada di dalam bilik. Dia keluar sebaik saja aku masuk bilik
tadi. Mungkin sedang menyiasat sesuatu daripada Megat Zafril. <o:p></o:p>

“Jadi
macam mana?” Mak tanya pula. <o:p></o:p>

“Macam
mana apa?” <o:p></o:p>

“Zafril, okey
tak?” <o:p></o:p>

“Okey.
Taklah macam lelaki gatal. Tak ada pulak dia nak meraba-raba.” Aku jawab, kalau
itu yang mak nak tahu. <o:p></o:p>

“Hisy,
budak ini. Tak kanlah Zafril berani buat macam tu. Mak tahu siapa dia. Yang mak
maksudkan, suka ke tidak?” Mak baling tudung mak ke arahku. Geram agaknya
mendengar jawapanku. Aku sambut gelak. <o:p></o:p>

“Mak bagi
masa lagi boleh tak? Mana boleh ada perasaan suka dalam waktu yang singkat.
Perasaan suka mana boleh paksa-paksa.” <o:p></o:p>

“Jadi
Megat Zafril ada peluang?” <o:p></o:p>

“Dia
seorang lelaki yang baik, mak. Rugi kalau lepaskan lelaki sebaik dia, tetapi
mestilah ada perasaan suka dan ikhlas untuk terima dia. Sesuatu hubungan tu
mestilah didahului dengan rasa kasih dan sayang. Mak kena faham tu.” Aku duduk.
Tocang rambut tinggi. <o:p></o:p>

“Nea faham
maksud mak dan Hajah Asmah ikhlas untuk menyatukan kami. Tetapi biarlah kami
yang putuskan nanti.” Aku capai tuala. Nak mandi. Mak langsung tidak bersuara,
seperti jauh hati jadi aku peluk mak erat sebab nak dekatkan semula hati mak. <o:p></o:p>

“Mak
jangan bimbang. Kalau ada jodoh Nea, pasti tak ke mana.” Aku cium pula pipi
mak. Sayang mak. Aku tahu mak hanya lakukan yang terbaik untukku. <o:p></o:p>

“Tapi
Zafril memang lelaki yang baik,” kata mak sambil pegang pipiku. <o:p></o:p>

“Memang
dia seorang lelaki yang baik, tapi baik dan sayang tu dua makna yang sangat
jauh mak.” <o:p></o:p>

“Mak
faham.” <o:p></o:p>

Aku rasa sedikit
lega. Kalau aku gagal menggembirakan emak, setidak-tidak aku dapat melegakan
hati emak. “Mak jangan risau ya. Mak doakan, semoga pintu hati Nea terbuka
untuk terima Abang Zafril. <o:p></o:p>

“Maafkan
mak sebab libatkan Nea dalam masalah ni. Mak tahu mak seperti terlalu mendesak
Nea sehingga Nea tak ada pilihan. Mak langsung tak fikirkan perasaan Nea.”
Suara mak perlahan. Meruntun jiwaku jadinya. <o:p></o:p>

“Mak,
jangan cakap macam tu. Sedih Nea. Nea tahu mak mahukan yang terbaik sahaja buat
Nea. Mak janganlah fikir apa-apa.” Semakin kemas aku peluk emak. Kalau dengan
cara itu akan memulihkan perasaan emak, aku akan peluk emak sampai bila-bila. <o:p></o:p>

Emak seperti
membiarkan sahaja aku peluk dengar erat. Sudah terbiasa begitu. Emak memang
suka dipujuk cara begitu. <o:p></o:p>

Hajah
Asmah muncul tiba-tiba. “Hmm, beruntungnya orang ada anak perempuan,” kata Hajah
Asmah sambil senyum pandang kami berdua. <o:p></o:p>

“Yang ini
saja macam ni. Maklum tak pernah berenggang dengan kita dari kecik,” jawab mak.
Aku lepaskan pelukan. Mahu mandi. Sekilas aku jeling Hajah Asmah. Ada
tanda-tanda ceria. Mesti ada khabar berita yang gembira. <o:p></o:p>

“Err,
malam ni Nea tak nak makan apa-apa. Satu hari Abang Zafril belanja makan. Perut
Nea dah penuh. Cuma Nea nak ajak Abang
Zafril karaoke malam ni.” Aku cakap masa tolak pintu bilik air. Sebenarnya aku
tak cakap apa-apa pun pasal karaoke pada Megat Zafril. Aku memandai sendiri. <o:p></o:p>

“Rosak
anak hajah kalau berkawan dengan anak kita,” kata mak pula. <o:p></o:p>

“Tak
mengapa, asal mereka suka, suka hatilah nak buat apa.” Ada nada gembira pada
suara Hajah Asmah. Harap kedua-dua emak itu akan gembira dan pastinya aku akan
rasa gembira sama. <o:p></o:p>

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03906325092040353767noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-5752584092413921079.post-21850433009734724512012-07-25T17:54:00.000-07:002012-07-25T17:54:02.200-07:00DIA PILIHAN HATI bab 3

Selesai solat maghrib, aku lambung badan atas katil bagi
memberi ruang buat emak dan Hajah Asmah solat pula. Sebentar nanti ada acara
makan-makan bertemakan kekeluargaan. Rasanya aku malas turut serta sebab aku
tidak mahu campur dengan orang-orang tua. Karang depan-depan aku kena soal.
Susah nak jawab. <o:p></o:p>

“Hmm, apa
pendapat Nea tentang Megat Zafril, dia okey?” soal Hajah Asmah sambil lipat
kain solat dan letak atas katil sebelah. Aku pandang emak yang sedang tambah
bedak ke muka sebaik sahaja selesai solat. Emak jeling tajam. Tandanya mahu aku
cakap benda yang elok-elok. <o:p></o:p>

“Err…Nak Nea
cakap jujur atau cakap tipu?’ soalku pula. <o:p></o:p>

“Yang
jujur dan ikhlas.” <o:p></o:p>

Aku
pandang lagi emak. Muka emak masih begitu. Kemudian pandangan tertumpah pada
wajah Hajah Asmah. Serba salah, itu saja perkataan paling sesuai untuk mewakili
keseluruhan perasaanku ketika ini. Tapi seperti kata Megat Zafril, tak perlu
bermuka-muka kalau sekadar hendak menjaga hati. <o:p></o:p>

“Jujur Nea
cakap Abang Zafril seorang lelaki yang sangat membosankan. Sepatah Nea cakap,
sepatah jugaklah Abang Zafril jawab.
Bosanlah.” <o:p></o:p>

Jelas
wajah Hajah Asmah menampakkan perubahan yang sangat besar. Merudum terus.
Hilang wajah cerianya. Terbit rasa bersalah di benakku. Keterlaluan benarkah kata-kataku?
Tadi Hajah Asmah sendiri mahu aku berikan jawapan, bila sudah jawab lain pulak
kisahnya. Ah! Susahlah kalau begini. Hati orang tua memang mudah tergores. Tak
boleh silap sikit. <o:p></o:p>

“Zafril tu
memang jenis macam tu. Tak banyak cakap. Tapi dia baik. Tak suka berkawan
dengan perempuan.” Hajah Asmah nampaknya masih tidak mahu mengalah. Nada percakapan
juga seperti tidak puas hati. <o:p></o:p>

“Betul, Nea
fikir pun rasa Abang Zafril macam tu, tapi
dia agak membosankan. Mak cik tahukan, Nea ni suka bercakap. Nea suka berjalan
ke sana sini. Abang Zafril pulak, ajak
pergi sana tak nak. Pergi situ tak nak. Memang bosanlah. Asyik duduk aje…”
Hebat aku malam ini jadi tukang karut. Habis Megat Zafril kena jual. Tetapi
kenapa hatiku pula yang terasa sakit bila meluahkan kata begitu? Sedangkan aku
tahu Megat Zafril tidaklah seburuk itu. <o:p></o:p>

Hajah
Asmah cepat-cepat sarung tudung. Kemudian kenakan sedikit gincu di bibirnya.
“Err, kita tunggu kat bawahlah,” kata Hajah Asmah tiba-tiba. Seperti
tergesa-gesa hendak tinggalkan bilik. Dan aku tahu Hajah Asmah sedang merajuk.
Buruknya perangaiku. <o:p></o:p>

“Pergilah
dulu. Nanti kami turun,” balas emak. Aku pandang saja langkah Hajah Asmah yang
menuju pintu. Sebaik sahaja Hajah Asmah keluar, emak terus tolak kepalaku.<o:p></o:p>

“Tak boleh
nak cakap elok sikit?” soal emak. <o:p></o:p>

“Habis,
Hajah Asmah sendiri yang tanya. Nea jawablah. Dah jawab, marah pulak.” <o:p></o:p>

“Yalah,
tak boleh nak menipu sikit-sikit?” <o:p></o:p>

“Tak
kanlah nak tipu kalau dah perangai anak dia macam tu.” <o:p></o:p>

“Nea ni memang
tak pandai nak jaga hati orang langsung. Kalau tak suka sekalipun, tak boleh
nak cakap elok-elok. Mak tak kira, Nea suka atau pun tidak, Megat Zafril tetap
akan jadi menantu mak. Mak berkenan dengan dia. Baik budaknya dan berbudi bahasa.
Mak mahu waktu kita di sini, Nea cuba untuk sukakan dia.” <o:p></o:p>

“Bukannya Nea
tak suka, tapi dia tak sesuai dengan Nea. Tak serasi macam mana nak jadi suami Nea.”
<o:p></o:p>

“Nea
jangan banyak ceritalah. Macam Nea tu bagus sangat!” Mak atur langkah menuju
pintu. Tahu emak sedang marah tapi sesungguhnya aku lebih marah lagi. Mana
boleh paksa untuk sukakan seseorang. Itu soal perasaan. Mana boleh main-main
dengan perasaan sendiri. <o:p></o:p>

“Cepat
siap,” arah emak sebelum tinggalkan bilik. Nak tak nak Aku terpaksa menurut.
Sarung tudung dan bergerak tinggalkan bilik. <o:p></o:p>

Waktu aku sampai di kawasan tempat letak kereta, aku nampak
Megat Zafril sedang menunggu di situ. “Tunggu Nea?” soalku. <o:p></o:p>

“Hmm,”
jawab Megat Zafril. Dia pandang aku tepat. <o:p></o:p>

“Muka
macam baru kena marah aje.” Cuba bersoloroh dengan Megat Zafril. Jelas
kelihatan wajahnya seperti orang baru ke marah.<o:p></o:p>

“Tau tak
apa!” jawab Megat Zafril. <o:p></o:p>

“Hmm, dah
agak.” <o:p></o:p>

“Masak
abang macam ni.” Megat Zafril seperti merungut dan aku terus gelak. “Ada ke
patut esok paksa abang bawa Nea jalan-jalan sebab Nea cakap abang membosankan,”
kata Megat Zafril lagi. <o:p></o:p>

“Sorrylah.
Sebab sudah menyusahkan abang.” Betul-betul rasa serba salah ketika itu.
Melihat wajah Megat Zafril yang agak muram, aku tahu dia benar-benar kena marah
dengan Hajah Asmah. <o:p></o:p>

“Abang pun
minta maaf sebab melibatkan Nea dalam hal ni. Abang tahu semua ni rancangan mak
abang. Kalau tidak tak jadi macam ni.” <o:p></o:p>

“Terdesak
sangat ke mak abang nak bermenantu sampai aturkan rancangan macam ni?” Kami sama-sama
melangkah sambil berbual menuju restoren yang tidak jauh dari penginapan kami. <o:p></o:p>

“Mak abang
sebenarnya malu sebab mak ada pinang sepupu abang. Tapi kena tolak. Sebab nak
tutup malu tu, mak cuba kenenkan abang dengan Nea.” <o:p></o:p>

Ada cerita
disebalik cerita rupanya. <o:p></o:p>

“Yalah,
siapalah yang nak abang yang kerja biasa-biasa aje ni. Sebelah mata pun orang
tak pandang.” <o:p></o:p>

Macam
sindir aku saja. Sebab aku pun sudah tolak dia awal-awal lagi. Tapi bukan aku
memandang akan paras rupa atau pangkat Megat Zafril tetapi mana boleh aku kata
aku suka kalau perkataan suka itu memang benar-benar tidak ada. “Abang jangan
cakap macam tu. Nea tak fikir pun apa-apa pun. Cuma Nea belum bersedia untuk
ada komitmen dalam rumah tangga. Itu aje.” <o:p></o:p>

“Abang pun
tak cakap Nea. Abang cakap sepupu abang tu.” <o:p></o:p>

“Tapi cara
abang bercakap buat Nea terasa sama.” <o:p></o:p>

“Lah,
janganlah terasa.” <o:p></o:p>

Manalah
aku tak terasa kalau cakap jenis tala kepada semua. Sedangkan yang ada di situ
hanya aku dan dia sahaja. Jadinya memang sah dia sindir aku. <o:p></o:p>

“Memanglah
terasa.” Aku jawab selamba. <o:p></o:p>

“Janganlah macam tu. Gadis muka
cantik mana boleh mudah terasa. Nanti turun harga.” Megat Zafril gelak sekali. Seperti
mahu mengambil semula hatiku. Aku senyum tawar sebagai tandaku terima
gurauannya. Gadis muka cantik? Betul ke? <o:p></o:p>

“Hmm, baru
sampai?” soal Haji Megat Bakri. Serius saja bunyinya. Aku pilih duduk sebelah
mak dan Megat Zafril pilih duduk bersebelahan Haji Megat Bakri dan Hajah Asmah.
<o:p></o:p>

“Dah buat
pesanan?” soal Megat Zafril.<o:p></o:p>

“Sudah, tinggal
air korang berdua saja,” balas Hajah Asmah. Kemudian mereka berbual sesama
mereka. Tinggal aku dan Megat Zafril yang terpaksa melayan perasaan
sendiri-sendiri. Bosan amat. Kenapalah boleh terlibat dengan keadaan seperti
ini. <o:p></o:p>

Aku
pandang Megat Zafril. Dia senyum tawar. Rasanya kalau boleh lari, sudah lama
dia lari dan aku tidak teragak-agak untuk lari sama dengannya. Biarlah, dari
terpaksa dengar orang tua berbual lebih baik lari saja. <o:p></o:p>

Haji Megat
Bakri melaung seorang pekerja restoren. “Nea nak minum air apa?” soal Haji Megat
Bakri. <o:p></o:p>

“ABC.”
Terus aku jawab. <o:p></o:p>

“Nea tu
semput. Mana boleh minum air sejuk malam-malam macam ni. Sudahlah di sini angin
kuat.” Mak bantah. “Bagi MILO panas.”
Seperti selalu emak buat keputusan untukku. Terkebil aku pandang budak pelayan
berlalu pergi. <o:p></o:p>

Suasana
kembali seperti biasa selepas itu. Aku pula sambung dengan rasa bosan. Megat
Zafril kelihatan sama. Seketika kami lawan tentang mata. Dia senyum aku balas,
macam tu saja buat beberapa ketika. Dan akhirnya baru aku perasan, Hajah Asmah
sedang perhatikan kami. Wajah Hajah Asmah agak masam waktu aku pandang
wajahnya. Aku sekadar senyum namun senyumanku dibalas dengan senyuman yang agak
menakutkan. Hmm, fikir dua tiga kali jugak nak buat mak mertua ni. Mesti
garang. <o:p></o:p>

“Esok anak
kita ni nak ajak Nea jalan-jalan, boleh tak hajah?” Hajah Asmah bersuara
tiba-tiba. Puas sudah agaknya melihat aku dan Zafril begini. <o:p></o:p>

“Eh, boleh
aje. Kita tak kisah.” Mak beri jawapan cepat. Sah konspirasi terancang. Aku tak
terkejut sangat dengan keizinan mak tu. Memang lampu hijau akan menyala terus
terusan. <o:p></o:p>

“Hmm, ke
mana nak berjalannya. Si Nea ni kuat berjalan. Karang buat penat Zafril saja.
Jangan ikutkan sangat kepala Nea ni.” Ayah menyampuk. Rasanya ayah masih kurang
jelas dengan keadaan sebenar jadi ayah nampak sedikit blur. Atau mak tidak
perjelaskan dengan terperinci tentang niat murni emak hendak mengenenkan aku
dengan Megat Zafril? Ayah memang selalu begitu. Bak kata kak long, ayah selalu
salah naik bas. Nak gelak aku jadinya dengan sikap kurang mengambil tahu ayah
itu. <o:p></o:p>

“Tak
adalah haji, dah datang sini tak kan nak memerap kat bilik saja. Apa guna
bercuti. Nak jalan-jalan dengan kita sah tak sesuai dengan jiwa mereka. Kita
biarkan ajelah mereka dengan hal mereka.” Hajah Asmah masih berusaha. <o:p></o:p>

Aku
pandang Megat Zafril. Wajahnya beriak bosan. Nampaknya bukan saja lagi aku yang
jadi mangsa, Megat Zafril juga terlibat sama. <o:p></o:p>

“Hmm, yang
kita pesan sudah sampai,” kata Haji Megat Bakri sebaik sahaja pesanan yang
mereka minta dihidangkan. Pergh, takut aku tengok. Siap ikan bakar, udang
bakar, kerang bakar, ada tom yam, ada sayur campur. Memang makan besar malam
ni. <o:p></o:p>

“Hmm, apa
lagi. Jemput makan,” kata Haji Megat Bakri. Maknanya semua ni atas tajaan Haji
Megat Bakri. <o:p></o:p>

Megat
Zafril baca doa makan sebelum tu, aku tumpang aminkan. Masa dia baca doa, aku
pandang wajah dia. Masih tenang tapi tetap wajah bermasalah. Kesian dia. Aku
faham, aku mengerti keadaan Megat Zafril. Aku lebih merasakan, tetapi apa daya
kami hendak mengelak. Karang memberontak, kata kami anak derhaka. Paling teruk
kalau emak luahkan kata-kata yang kurang enak. Jadi hendak atau tidak, inilah
saja pilihan yang kami ada. Pasrah. <o:p></o:p>

“Budak Nea
kalau makan udang, macam inilah caranya. Nak kita buangkan kulitnya baru nak
makan.” Emak bercakap sambil buang kulit udang. Beberapa ekor udang yang sudah
emak buang kulit, emak letak dalam pingganku. <o:p></o:p>

“Siapa
yang ajar? Sejak kecik diajar macam tu, sampai ke tualah dia buat
perangai.”Ayah mencelah. Aku buat tak dengar. Emak memang begitu, jadi bagaimana
aku mahu lakukan sendiri. <o:p></o:p>

Aku
sambung makan. Kemudian aku ambilkan emak ikan. Pastikan isi tanpa ada sebarang
tulang. Aku tahu penglihatan emak sudah kurang jelas bila waktu malam. Tanpa
sedar perbuatan kami diperhatikan. Biasalah, aku anak emak. Apa-apa hal aku
semua dengan emak. Duit gaji aku juga emak yang pegang. Cuma dalam bab
mengenenkan aku saja, aku rasa nak jadi anak emak orang lain. <o:p></o:p>

Acara
makan berlangsung dengan senyap. Berbual pun di kalangan orang tua saja. Itupun
sesekali.<o:p></o:p>

“Apa mak
ni.” Tiba-tiba Megat Zafril bersuara. Aku angkat muka. Nampak seperti Hajah
Asmah cubit perut Megat Zafril. Apa lagi tu. Apa lagi yang tak kena? Ada-ada
saja. Kesian kawan tu nak makan pun tak selesa. <o:p></o:p>

Hajah Asmah
sambung makan lepas tu dan aku masih pandang Megat Zafril. Dia juga pandang
aku. Aku angkat kening, sebagai tanda aku tanya apa yang tidak kena. Megat
Zafril geleng sebagai tanda jawapan. Tak sangka faham juga dengan soalanku. <o:p></o:p>

Waktu aku
nak ambil kuah tom yam, Megat Zafril letak 3 ekor udang dalam pingganku.
Terkejut aku. Terus pandang wajah Megat Zafril. Wajah tenang itu tetap tidak
beriak. Hmm, tadi kena cubit tu suruh buangkan kulit udang ke? Ya Allah,
kesiannya dia. <o:p></o:p>

“Terima
kasih.” Aku cakap perlahan. <o:p></o:p>

“Zafril
memang macam ni. Rajin tolong buang kulit udang,” kata Hajah Asmah. Nak rasanya
aku tepuk dahi. Masalah betul dengan orang tua seorang ini. Sampai begitu
sekali menjaja anak. <o:p></o:p>

“Hmm,
sesuai sangatlah dengan Nea yang pemalas tu.” Ayah tak sudah lagi. Aku sambut
dengan senyum. Tuang kuah tomyam ke dalam mangkuk kecil dan serahkan kepada
ayah. Sayang ayah, cuma dengan ayah aku tak berapa ngam. Ayah tak boleh jadi
geng sebab ayah berjiwa pembangkang. <o:p></o:p>

Selesai
acara makan, acara lepak pula. Tepi pantai jadi pilihan. Kelihatan ramai yang
sedang berpesta di tepian pantai. Pelbagai bangsa. Mak tetap dengan Hajah
Asmah. Ayah dengan Haji Megat Bakri. Aku? Aku dengan bosan. Mujur ada telefon
bimbit. Bolehlah aku berbual dengan Linda. <o:p></o:p>

“Boring?”
Linda gelak dengan kuat. Macamlah perkataan boring itu sangat melucukan. <o:p></o:p>

“Eh, kau
keluar sekali dengan geng orang tua. Barulah kau tahu macam mana rasanya.” <o:p></o:p>

“Habis cik
abang tu mana?’ <o:p></o:p>

“Cik abang
mana?” <o:p></o:p>

“Ala,
suami masa depan tulah.” <o:p></o:p>

“Suami
masa depan?” Aku masih tidak faham. Kemudian aku perasankan Megat Zafril
pandang aku. Itukah suami masa depanku? Aduhai, lagilah aku tak rela. Susah nak
cakap. <o:p></o:p>

“Hmm…” Itu
saja aku boleh cakap. Lebih-lebih tak boleh. Bimbang bakal mencederakan hati
dan perasaan Megat Zafril. Dia juga ada perasaan yang perlu aku jaga. <o:p></o:p>

“Kenapa?
Teruk sangat ke?” <o:p></o:p>

“Dia pun
macam tak suka aku saja. Macam kena paksa saja.” Itulah yang aku rasa sekarang
ini. Dia seperti kurang berminat dengan rancangan kedua ibu bapa kami. Siapalah
yang suka kalau sudah dipaksa-paksa. Mana boleh kena dengan jiwa. <o:p></o:p>

“Nak buat
macam mana. Nasib kaulah.” <o:p></o:p>

“Memang
nasib akulah.” <o:p></o:p>

“Eh, kau
telefon aku nanti. Aku nak keluar makan dengan Raiyan. Assalamualaikum.” <o:p></o:p>

“Waalaikumusalam.”<o:p></o:p>

Ah!
Sambung bosan lagi. Aku tarik nafas panjang. Tak tahu nak buat apa. “Mak, Nea
masuk biliklah.” Akhirnya aku ambil keputusan. <o:p></o:p>

“Amboi,
tak kan nak tidur. Awal lagi. Selalu kalau tak tengah malam tak tidur.” Mak
perli. <o:p></o:p>

Aku terus
atur langkah tanpa pedulikan emak. Megat Zafril ekori dari belakang. <o:p></o:p>

“Hmm,
bosankan?” Dia cakap waktu kami menaiki tangga. <o:p></o:p>

“Bosan
sebab terikat dengan mereka. Kalau kita saja mesti tak bosan.” Aku sedapkan
hati Megat Zafril. Tidak mahu dia terasa apa-apa. <o:p></o:p>

“Tak
maksud abang, abang memang seorang yang membosankan.” <o:p></o:p>

Aku senyum
saja. Tak kan nak menipu pula. Mustahil juga aku mahu berterus terang yang dia
itu memang membosankan. Dua-dua jawapan tak kena. <o:p></o:p>

“Abang
tahu, abang memang membosankan.” Ada nada merajuk di situ dan aku semakin serba
salah. <o:p></o:p>

“Mungkin
kita masih belum biasa. Kalau kita dah biasa, mungkin tak ada masalah.” Aku
pujuk lagi. Tak baik calarkan perasaan orang. Tu namanya bajet bagus. Macamlah
aku ni sempurna benar. <o:p></o:p>

Megat Zafril
diam. Mungkin masih tidak terpujuk. <o:p></o:p>

“Abang…”
Aku panggil Megat Zafril. <o:p></o:p>

“Emm.” Dia
pandang aku. <o:p></o:p>

“Kita
pergi rumah urut,” <o:p></o:p>

“Hisy,
merepek Nea ni. Nak kena sembelih dengan mak abang?” <o:p></o:p>

Aku gelak
dengan kuat. Kemudian aku tampar bahunya. “Nea salah cakap sebenarnya.” Aku
sudah tidak tahan melihat riak wajah Megat Zafril yang berubah tiba-tiba. Terus
sambung gelak. “Sebenarnya Nea nak abang temankan Nea pergi urut badan.” Aku
betulkan ayat. <o:p></o:p>

Baru aku
nampak dia senyum selepas pucat tadi. Takut betul dia dengan rumah urut. Yalah,
takkanlah anak mak aji buat perangai pelik macam tu. <o:p></o:p>

“Betul ke
Nea nak pergi urut badan?” soal Megat Zafril kemudiannya. <o:p></o:p>

“Err…” Tak
adil pulak nanti. Pasti berjam pula dia kena tunggu. Kesian dia. “Emm, apa kata
kalau kita pergi makan ais krim?” Itu cadanganku. <o:p></o:p>

“Abang
ikut aje.” <o:p></o:p>

“Ini yang
Nea suka. Tak ada bantahan langsung.” Aku turun tangga semula. Tak jadi tidur.
Selepas ni kami boleh makan ais krim. Mungkin perasaan akan lebih nyaman dan
sejuk. Harap begitulah. <o:p></o:p>
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03906325092040353767noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-5752584092413921079.post-20711489839353353842012-07-23T17:56:00.001-07:002012-07-23T17:56:33.562-07:00DIA PILIHAN HATI bab 2

PETANGNYA, aku putuskan untuk mengambil angin Pantai Cenang
bersendirian. Emak dan Hajah Asmah nampak terbaring masa aku keluar tadi. Haji Megat
Bakri sudah putuskan membahagikan bilik sebuah untuk kaum perempuan dan
sebuah lagi untuk kaum lelaki. Jadi kami berkongsi bilik dengan Hajah Asmah.<o:p></o:p>

Aku meniti pasir yang memutih. Angin petang yang menyapa sangat segar. Seketika
aku lupakan segalanya. Di bawah pokok yang merimbun di hujung sana aku nampak Megat
Zafril sedang duduk. Sebaik sahaja nampak aku, dia lambai tangan.<o:p></o:p>

Okeylah Nea. Anggap dia kawan. Tak perlu bermusuh. Musuh tak elok dicari. Mana
tahu dengan cara berbincang akan lebih memudahkan keadaan.<o:p></o:p>

“Wah, termenung jauh. Macam teringat seseorang saja,” kataku sambil mengambil
tempat bersebelahan Megat Zafril.<o:p></o:p>

“Mana ada, abang saja duduk-duduk sambil hirup udara segar.”<o:p></o:p>

“Ingatkan tadi terkenangkan orang jauh.”<o:p></o:p>

“Tak adalah…” Megat Zafril tarik nafas panjang. Aku pun buat benda yang sama.
Tarik nafas panjang. Terasa cukup segar.<o:p></o:p>

“Emm, Nea tahu tentang rancangan mak ayah kita?” soal Megat Zafril selepas kami
tidak bercakap buat beberapa ketika. Masing-masing layan perasaan sendiri. <o:p></o:p>

“Tahu, sebenarnya Nea dah cuba mengelak, tapi mak Nea ugut nak lari dari rumah.
Terpaksalah Nea ikutkan.” Aku tergelak perlahan. Lucu bila teringat masa emak
buat perangai. Siap lipat kain baju. Jenuh semua pujuk, tapi tak jalan.
Sampaikan bibik kesayangan mak sendiri ugut nak balik Indonesia pun tak berkesan.
Masa tu mak betul-betul buat perangai. Tapi buat perangai mak menjadi sebab
dengan cara itulah aku berada di sini petang ini. <o:p></o:p>

Megat Zafril pandang aku. Dia senyum
sikit. Hmm, susahnya nak tengok dia senyum. Baru sekarang dapat tengok. Itupun senyum
kambing. Jenis senyum kedekut.<o:p></o:p>

“Abang pulak macam mana boleh terlepas?” soalku pula.<o:p></o:p>

“Mak abang merajuk. Tak bercakap dengan abang berhari-hari.”<o:p></o:p>

“Lagi kacau.”<o:p></o:p>

“Tu le pasal. Nak tak nak abang mengalah.”<o:p></o:p>

Aku angguk dan pandang ombak yang datang dan pergi. Tenang dan damai aku
rasakan.<o:p></o:p>

“Tapi apa salahnya kita jadi kawankan. Soal rancangan mak kita tu kita tak
perlu ambil tahu sangat. Buat serabut kepala saja,” kata Megat Zafril lagi.
Senang mendengar jawapannya. Betul tu. Kenapa harus serabutkan kepala kepada
benda-benda yang tidak berhujung pangkal. Sekadar rancangan orang tua saja,
sedang keputusannya masih di tangan TUHAN. <o:p></o:p>

“Betul tu. Tak perlu kita rasa tertekan atas desakan mereka. Bukankah jodoh
pertemuan itu kerja Tuhan. Okey, apa kata kalau kita mula berkenalan. Nama Nea,
Nea Alisha. Umur 26 tahun dan bekerja sebagai pembantu akauntan kat kilang
biskut.” Aku perkenalkan diri, bermakna sessi berkenalan bermula secara
rasminya. <o:p></o:p>

“Emm abang, Megat Zafril. Umur 32 tahun dan abang bekerja di salah sebuah
syarikat pengangkutan.” Megat Zafril senyum. Kali ni baru betul-betul nampak
dia senyum. Hmm, boleh tahan senyumannya. Serius, cantik. <o:p></o:p>

“Pengurus besar?”<o:p></o:p>

“Tak adalah. Pengurus operasi saja.”<o:p></o:p>

“Pengurus jugak tu.”<o:p></o:p>

“Adalah sikit-sikit,” balas Megat Zafril. Nampak dia jenis yang merendah diri
juga. Aku senyum saja. Senang dengan cara Megat Zafril yang aku kira cukup
sederhana. <o:p></o:p>

“Nea empat
beradik. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Kak long, kak ngah dan abang chik.
Abang Nea sebaya dengan abang. Dah dua anak.” <o:p></o:p>

Megat
Zafril senyum lagi. Ah, murah pula senyumannya. Atau dia sedang fikir aku sudah
menyindirnya dengan menyamakan umur dia dengan abang chik. Ya ampun, aku
langsung tidak maksudkan begitu. Cuma usianya mengingatkan aku kepada abang yang
kini bekerja di Sarawak. <o:p></o:p>

“Abang pula
anak tunggal.” <o:p></o:p>

Sebenarnya
mak sudah beritahu Megat Zafril itu anak tunggal. Satu-satunya anak Hajah
Asmah. Kata Linda, ciri-ciri lelaki yang patut dielakkan ketika memilih calon
suami ialah, pertama, cuba elakkan dari berkahwin dengan anak tunggal. Kedua,
elakkan dari berkahwin dengan anak lelaki tunggal dan ketiga elakkan juga dari
berkahwin dengan anak bongsu. Kata Linda lagi, itulah ciri-ciri lelaki anak
emak. Masalah yang bakal timbul bila mengahwini lelaki begini, mereka tetap
akan ikut cakap mak. Jadinya aku harus berusaha untuk mengelak dari terlibat dengan
anak tunggal ini. <o:p></o:p>

“Nombor telefon?” Megat Zafril tanya dan aku kira, dia cuba untuk lebih
memahami. Langsung tak ulas apa-apa bila aku sebut pasal abang tadi. <o:p></o:p>

Masing-masing saling keluarkan
telefon bimbit dari poket seluar. Selepas bertukar-tukar nombor telefon aku
ajak Megat Zafril menyusuri pantai. Biar jauh dari kawasan chalet tempat kami
menginap. Sebab aku tahu kami bakal jadi intaian. <o:p></o:p>

“Rasanya kita ni macam diperhatikan saja,” kataku sebaik saja atur langkah.<o:p></o:p>

“Memang pun,” jawab Megat Zafril sambil toleh ke belakang.<o:p></o:p>

“Rimaslah kalau macam ni,”<o:p></o:p>

“Abang pun sama.” balas Megat Zafril. Kedengaran seperti nada tidak seronok. <o:p></o:p>

“Hmm, boleh Nea tahu kenapa abang tak setuju dengan rancangan ni? Abang dah ada
pilihan hati?” soalku. Yalah. Umur dia pun bukan muda lagi. Sudah masuk 32
tahun.<o:p></o:p>

“Tak ada. Abang masih kosong. Entahlah. Tak terfikir lagi ke arah itu. Dan Nea
pula?”<o:p></o:p>

“Banyak benda lagi yang Nea nak buat. Lagipun Nea belum bersedia untuk menjadi
seorang isteri. Nea nak enjoy,” jawapan tidak berapa tepat. Sebenarnya
perkataan serik itu lebih sesuai. Serik untuk terlibat dengan lelaki. <o:p></o:p>

“Emm… Kalau mak kita tanya, Nea nak beri jawapan apa?”<o:p></o:p>

“Emm, jawapan kita mesti sama. Cakap saja kita tidak memenuhi kriteria yang
diperlukan. Abang cakap aje Nea ni bukan taste abang. Cakap Nea ni gedik,
sosial dan apa-apa ajelah yang boleh dijadikan alasan.”<o:p></o:p>

“Tapi abang rasa Nea bukan orangnya begitu.”<o:p></o:p>

“Abang cakap ajekan. Ini Nea yang suruh.” Eh! Tak faham pulak dia ni. Orang dah
bagi lampu hijau masih lagi tak faham-faham.<o:p></o:p>

“Okey, nanti abang beritahu mak abang, Nea ni seorang perempuan gedik dan
tak boleh dijadikan isteri. Tapi apa pula Nea nak beri alasan untuk mak Nea?
Jangan pulak cakap abang ni kaki perempuan. Sebabnya mak abang tahu abang ni
jenis duduk rumah. Abang jarang keluar rumah tak tentu pasal.”<o:p></o:p>

Yalah,
awak anak mak bukan? Mana boleh jauh daripada mak. Betullah kata Linda. <o:p></o:p>

“Suka duduk rumah? Wah, tak sangkanya.” Aku tolak bahu Megat Zafril dengan
bahuku. Mahu membangkitkan suasana mesra. Kawan tapi mesra. <o:p></o:p>

“Tak percaya?” Megat Zafril pandang aku dan senyum lagi. <o:p></o:p>

“Percaya…” Aku gelak sekali. Seronok juga berbual dengan dia walaupun baru
mengenali dirinya. Nampak jenis suka berterus terang.<o:p></o:p>

“Emm, kalau Nea cakap abang jenis membosankan boleh?” soalku. <o:p></o:p>

“Memang tepat. Semua yang kenal abang pun cakap macam tu. Abang ni jenis yang
membosankan.”<o:p></o:p>

“Alaaa…kesiannya. Nea tak maksudkan begitu. Nea cuma nak beri alasan saja.”<o:p></o:p>

“Tapi alasan Nea tu memang kena. Memang tepat.”<o:p></o:p>

“Abang jangan terasa pulak.”<o:p></o:p>

“Tak adalah nak terasa. Dah hakikatnya memang abang membosankan.”<o:p></o:p>

“Taklah. Nea tak rasa begitu.”<o:p></o:p>

“Mungkin sebab Nea baru kenal abang.”<o:p></o:p>

Aku anggukk. Mungkin juga. Kami terus melangkah. Hari juga sudah meransur
redup. Tiba-tiba telefon bimbit Megat Zafril berbunyi.<o:p></o:p>

“Emak abang,” beritahu Megat Zafril. Aku senyum. Hmm sah, anak emak. Hilang
sekejap sudah dicari.<o:p></o:p>

“Ya mak, ada apa?” soal Megat Zafril sebaik sahaja menjawab salam emaknya.<o:p></o:p>

“Nea?” Megat Zafril pandang aku dan cepat aku beri isyarat tiada. Sah mereka
semua sedang mencari aku.<o:p></o:p>

“Tak ada. Nea tak ada dengan orang. Kenapa mak?” soal Megat Zafril. Hmm, pandai
juga dia berlakon.<o:p></o:p>

“Tak ada? Ke mana dia pergi? Mungkin dia pergi shopping kut. Tunggu ajelah.
Lagipun dia dah besar. Pandailah dia jaga diri.” Megat Zafril pandang aku,
kemudian dia buang daun yang melekat atas tudungku. Bersahaja tingkahnya. Buat aku
terasa sesuatu. <o:p></o:p>

“Okey mak. Assalamualaikum,” kata Megat Zafril. Selepas itu terus dia simpan
semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluar.. Megat Zafril tunjukkan tapak
tanganya. “Give me five.” Cepat aku tampar. Yes!<o:p></o:p>

“Jahatnya kita.” Kataku selepas itu. <o:p></o:p>

“Tak apa, bukan selalu kita jahat. Jahat pun sebab terpaksa.” Balas Megat
Zafril. Kami menyusuri pantai dengan perasaan gembira. Sikit pun aku rasa tidak
tertekan. Ternyata ada keserasian antara aku dan Megat Zafril. Ya,
berlajar untuk menerima itu lebih baik dari terus-terusan menolak. Ada sesuatu
yang aku pelajari petang ini. <o:p></o:p>
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03906325092040353767noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-5752584092413921079.post-72973278389580509352012-07-22T16:26:00.000-07:002012-07-22T16:26:11.954-07:00DIA PILIHAN HATI bab 1

SESEKALI aku mencuri pandang lelaki yang duduk di kerusi
paling hujung. Baru kejap tadi aku tahu namanya Megat Zafril. Lelaki yang
hendak emak kenenkan dengan aku. Orangnya? Emm, macam mana nak cakap ya.
Rasanya biasa saja. Tak banyak cakap. Memang tak dengar langsung suara dia
sepanjang perlajalanan tadi. Nampak dia juga seperti terpaksa dengan percutian
ini. Dan aku rasa memang dia juga dipaksa. Sama juga dengan keadaanku. <o:p></o:p>

“Ramai betul orang.” Hajah Asmah bersuara tiba-tiba setelah agak lama tidak
bercakap sambil melihat-lihat orang yang agak ramai memenuhi ruang menunggu di
jeti Kuala Kedah itu. Wajah Hajah Asmah aku nampak cukup ceria. Nampak dia
seperti bersemangat dengan percutian ini. Emak juga lebih kurang Hajah Asmah.
Bersemangat untuk bercuti. Tetapi sebenarnya semangat mahu kenenkan kami. Bukan
aku tidak tahu rancangan emak. <o:p></o:p>

“Kita salah pilih tarikh ni. Sepatutnya jangan pergi cuti raya Cina,” balas
emak. <o:p></o:p>

“Yalah, sepatutnya kita rancang betul-betul.” Hajah Asmah seperti mengeluh.
Mungkin tidak menyangka Jeti Kuala kedah akan sesesak ini. <o:p></o:p>

“Tak apalah. Kita dah sampai sini. Teruskan ajelah,” jawab emak. <o:p></o:p>

Aku simpan buku nota dan pen dalam
beg. Kemudian tercari-cari abah dan Haji Megat Bakri. Tak nampak bayang. Entah
ke manalah kedua polis pencen itu melepaknya. Tiba-tiba aku terpandang Megat
Zafril. Dia juga pandang aku. Wajahnya masih begitu, Tanpa sebarang senyuman.
Nampak benar tak sukanya. Ah! Lantak dialah. Aku pun bukan nak ikut percutian
ni. Kalau emak tak main ugut-ugut nak lari dari rumah, Aku pun tak ingin nak
turut serta.<o:p></o:p>

Aku bangun. Ingat nak beli air mineral. Entah berapa lama pula dalam feri
nanti. Mungkin ada yang dahaga. Ketika separuh aku atur langkah, aku nampak ayah
dan Haji Megat Bakri sedang berbincang sesuatu dengan lelaki yang menawarkan
beberapa pakej ketika di Langkawi. Nampak bersungguh kedua lelaki itu, jadi aku
ambil keputusan tidak mahu bertanya apa-apa.<o:p></o:p>

Aku melangkah perlahan menuju ke gerai yang terdapat di situ. Pilih 6 botol air
mineral bersaiz kecil. Kemudian aku cari asam kecut.<o:p></o:p>

“Abang bayar.” Tiba-tiba Aku dengar suara lelaki di sebelahku ketika sedang cari beg duit dalam beg tangan. Cepat aku
toleh. Waktu itu Megat Zafril sudah hulurkan wang sepuluh ringgit kepada tuan
punya gerai.<o:p></o:p>

“Terima kasih,” kataku perlahan.<o:p></o:p>

“Emm…” jawab Megat Zafril. Masih dalam nada serius. Kami sama-sama menantikan
tuan punya gerai memulangkan wang baki untuk Megat Zafril. Setelah dipulangkan,
Megat Zafril ambil bungkusan botol mineral dan bungkusan asam kecut diserahkan
kepadaku. Kami melangkah bersama-sama. Tak sampai beberapa langkah, aku
teringat bilik air.<o:p></o:p>

“Abang pergi dulu, Nea nak pergi bilik air,” kataku perlahan.<o:p></o:p>

“Emm,” balas Megat Zafril. Dia pandang aku kemudian bersama wajah seriusnya.
Tanpa menunggu lagi, aku atur langkah menuju tandas yang terletak di
hujung bangunan. Selesai di bilik air, aku terus keluar. Aku sedikit
terkejut bila melihat Megat Zafril menunggu di luar kawasan tandas.<o:p></o:p>

“Abang nak masuk toilet jugak ke?” soalku.<o:p></o:p>

“Taklah, abang tunggu Nea,” jawab Megat Zafril.<o:p></o:p>

“Oh!” Itu saja yang boleh aku cakap. Terharu dengar dia cakap begitu? Oh tidak.
Sikit pun aku tak rasa apa-apa. Aku terus berjalan menuju tempat emak dan Hajah
Asmah duduk. Ayah dan Haji Megat Bakri juga sudah ada sekali. Keempat mereka
serentak pandang aku dan Megat Zafril.<o:p></o:p>

“Ke mana?” soal Hajah Asmah.<o:p></o:p>

“Beli air,” jawab Megat Zafril.<o:p></o:p>

“Nea pergi toilet.” Aku pula jawab. Tak nak timbul tanda tanya buat mereka
semua. Mana tahu fikir kami pergi berdua-duan walaupun hakikatnya memang begitu
tadi. Tapi bukan dirancang. Secara tidak langsung saja.<o:p></o:p>

Nampak masing-masing buat muka kecewa selepas mendengar penjelasan kami. Dan aku
tahu apa yang membuatkan mereka berempat rasa kecewa. Tidak seperti yang mereka
harapkan. Megat Zafril serahkan sorang sebotol air mineral selepas itu.
Terakhir untukku. “Terima kasih,” kataku.<o:p></o:p>

“Emm…” jawabnya. Aku kembali melihat ke hadapan. Sudah menanti sebuah feri di
luar sana, Mungkin feri itulah yang bakal membawa kami ke Langkawi.<o:p></o:p>

Aku mencuri pandang melihat Megat Zafril. Itulah lelaki yang dalam rancangan
emak mahu dijodohkan denganku. Juga merupakan rancangan emak Megat Zafril,
Hajah Asmah. Mulanya aku agak keberatan, tetapi tidak dapat menolak rancangan
percutian ini. Sebenarnya aku lebih mahu menjaga hati emak. Soal suka atau
tidak dengan pilihan emak kali ini, itu belakang kira. Yang penting aku tidak
menyakiti hati emak. <o:p></o:p>

Megat Zafril. Tanggapan pertamaku tentang lelaki ini, dia serius orangnya.
Wajahnya nampak sedikit bengis tapi tenang. Mungkin disebabkan tugasnya sebagai
pengurus besar di salah sebuah syarikat pengangkutan memaksa dia perlu memiliki
wajah begitu, agar nampak gerun di mata pekerja lain. Tinggi orangnya.
Penampilan sangat biasa. Jeans, t shirt jenama polo dan bertopi. Cukup ringkas.
Tugas aku sekarang ialah, mencari kekurangan yang ada pada dirinya agar nanti aku
boleh memberi alasan yang cukup baik bagi menolak rancangan emak. Sungguh aku
belum bersedia untuk jadi isteri orang. Tambahan luka hati masih belum pulih
sepenuhnya. <o:p></o:p>

Tiba-tiba Megat Zafril pandang aku dan cepat-cepat aku pandang tempat lain. Dadaku
berombak kencang. Entah kenapa boleh rasa begitu. Pelik sungguh. Kenapa aku
rasa cemas. Mujur ketika itu kedengaran pengumuman yang meminta pemegang tiket
feri untuk perjalanan pada pukul 12.00 tengahari agar bersedia di jeti.
Masing-masing sudah bergerak menuju pintu keluar.<o:p></o:p>

Aku bawa beg pakaianku dan bergerak menuju pintu. Waktu itu penumpang lain
sudah berpusu-pusu menuju pintu utama. Mak, ayah, Haji Megat Bakri dan Hajah
Asmah sudah terlebih dahulu bergerak. Aku dan Megat Zafril tertinggal sedikit
di belakang.<o:p></o:p>

“Abang bawakan beg Nea.” Megat Zafril tawar diri dan aku rasa sangat senang
dengan tawarannya memandangkan keadaan yang sesak itu susah untuk aku mengheret
beg pakaianku.<o:p></o:p>

“Terima kasih,” ucapku. Megat Zafril tak cakap apa-apa. Terus bergerak perlahan
sehinggalah kami sampai ke feri. Waktu aku sampai, mak dan Hajah Asmah sudah
sedia duduk di tempat masing-masing.<o:p></o:p>

“Nea, Megat Zafril duduk belakang ya,” kata Haji Megat Bakri kepada kami
berdua. Memandangkan tempat duduk sebaris hanya ada 4 kerusi jadinya kami
berdua terpaksa duduk kerusi belakang yang dua kerusinya sudah di duduki orang.<o:p></o:p>

Megat Zafril masuk terlebih dahulu memandangkan kerusi bersebelahannya diduduki
seorang lelaki. Kemudian aku duduk bersebelahan Megat Zafril. Kaum ibu bapa di
hadapan kami nampaknya sudah tidak peduli dengan kami berdua di belakang.
Masing-masing rancak berbual sedang di layar skrin TV di hadapan sedang
menunjukkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku
kecemasan. Kalau berlaku apa-apa nanti siapa susah bila masing-masing tidak
peduli. <o:p></o:p>

Selepas itu feri bergerak perlahan meninggalkan jeti Kuala Kedah. Kebosanan
mula melanda. Tak tahu nak buat apa. Lap top pula ada dalam beg. Sudahnya aku
cuba pejam mata. Tak sempat terlelap, telefon berbunyi. Cepat aku keluarkan
dari dalam beg tangan. Hmm, Linda di talian.<o:p></o:p>

“Assalamualaikum.” Aku beri salam. Sambil tu jeling Megat Zafril yang sedang
perhatikan skrin TV.<o:p></o:p>

“Waalaikumusalam. Kau kat mana ni?” soal Linda.<o:p></o:p>

“Dalam feri,” jawabku. <o:p></o:p>

“Dah jumpa?”<o:p></o:p>

“Dah.”<o:p></o:p>

“Siapa nama dia?”<o:p></o:p>

“Megat Zafril,” Aku cakap dan terus Megat Zafril pandang Aku. Mungkin ingat Aku
panggil dia.<o:p></o:p>

“Sedapnya nama.”<o:p></o:p>

“Emm, memang sedap nama dia.” Aku puji dan Megat Zafril seperti buat buat tak
dengar.<o:p></o:p>

“Orangnya macam mana?”<o:p></o:p>

“Hmm… segak, kacak, tinggi.” Masa itulah Aku nampak bibir Megat Zafril bergerak
sikit. Dia senyum? Ah! Cantiknya.<o:p></o:p>

“Betul ni?” Linda sepertinya tidak percaya.<o:p></o:p>

“Betul, dia ada di sebelah Aku. Nak Aku buat video call?”<o:p></o:p>

“Okey, okey, Aku percaya,”<o:p></o:p>

“Ada jugaklah macam pelakon yang kau gila habis tu.” kataku lagi sambil
tergelak dan Megat Zafril geleng sambil senyum lagi. <o:p></o:p>

“Arrrgh…!” Linda menjerit dan sah dia melompat-lompat. Lawak betul minah sorang
ni.<o:p></o:p>

“Err… Dia baik tak?”<o:p></o:p>

“Emm, baik. Tak sombong.” Wajah Megat Zafril aku tatap lagi. Kali ini dia
seperti tidak menunjukkan apa-apa riaksi. Selamba habis.<o:p></o:p>

“Jadi kau setuju dengan pilihan mak kau kali ni.”<o:p></o:p>

Susah aku nak jawab soalan Linda. Bimbang akan mengecilkan hati Megat Zafril.
“Nanti balik aku ceritalah.” Sudahnya aku jawab begitu. Aku pandang lagi wajah Megat
Zafril. Tidak beriak juga. <o:p></o:p>

“Okey, okey. Jangan lupa beli coklat banyak-banyak.”<o:p></o:p>

“Okey, no hal.” Jawabku.<o:p></o:p>

Suara Linda hilang selepas itu dan aku kembali bosan. Megat Zafril nampaknya
suka dengan cerita yang ditayangkan tapi sedikit pun tidak berjaya menarik
minatku untuk menonton. Aku kembali melayan perasaan.<o:p></o:p>

“Orang sebelah ni bercium pulak.” Tiba-tiba Megat Zafril bisik perlahan dan aku
mengintai. Tersirap darahku melihat adegan yang tidak sepatutnya, tetapi bila
melihat ada kesan inai di jari lelaki itu, Aku tahulah pasangan yang baru
kahwin.<o:p></o:p>

“Pengantin baru,” bisikku perlahan.<o:p></o:p>

“Agak-agaklah nak buat kerja,” balas Megat Zafril.<o:p></o:p>

Aku sudah tergelak. Lawak pulak si Megat Zafril ni. Terus Aku tampar lengannya.
“Busy body!” kataku sambil pandang wajah Megat Zafril.<o:p></o:p>

“Tak adalah, tak hormat orang langsung. Kalau ya pun sabar-sabarlah.” Megat
Zafril nampaknya kurang senang tapi apa boleh buat. <o:p></o:p>

Aku terus tidak peduli dan Megat Zafril mungkin sambung rasa kurang
senangnya. <o:p></o:p>
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03906325092040353767noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-5752584092413921079.post-64805029302532248972012-07-21T18:37:00.002-07:002012-07-21T18:37:45.269-07:00MEGAT ZAFRIL

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03906325092040353767noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5752584092413921079.post-51828124643731885232012-07-21T17:06:00.002-07:002012-07-21T17:06:19.795-07:00selamat datangASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Selamat datang ke blog Teduhan Kasih. Kenapa saya namakan blog ni sebagai Teduhan Kasih? Sebabnya saya sangat suka dengan tajuk tu. Blog ini sebenarnya untuk sebuah cerita mengenai kahwin paksa. Betul, memang tema ni sangat klise, tapi saya mahu juga menulis sebuah cerita tentang perkahwinan yang dirancang. Walau apapun pandangan pembaca di luar sana, saya tidak peduli. Yang penting saya mahu siapkan cerita ini secepat mungkin. Kepada rakan yang berkunjung ke blog ini, saya tidak kisah mahu tinggalkan komen atau tidak, bagi saya anda membacanya sudah cukup. Betul komen anda semua adalah pelengkap untuk blog ini, tetapi saya tidak boleh paksa anda menulis komen, kalau anda tidak suka. Itu terpulang kepada semua bagaimana untuk menghargai saya sebagai penulis.

Seperkara lagi, saya sangat sibuk kerana saya menulis untuk 2 buah syarikat. Selain cerita kahwin paksa ini, saya juga sedang menulis sebuah lagi cerita bertajuk AKU AKAN SETIA. Jadi masa yang ada saya bahagikan untuk kesemua manuskrip yang cuba saya siapkan. Jadinya saya tidak boleh berjanji untuk meletak setiap bab pada masa yang terdekat. Saya harap semua akan faham. Terima kasih atas segala sokongan dan saya sangat-sangat menghargainya.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03906325092040353767noreply@blogger.com16